Nov 14

JAMUAN AKHIR TAHUN KGST

dsc_1320-copy

Bertemakan “Merah Membara Hitam Memukau”, Majlis Jamuan Akhir Tahun KGST telah berlangsung pada 13 November 2016 di Hotel Herritage, Ipoh. Majlis dimulakan dengan sesi fotografi dan diikuti dengan perarakan masuk ke dewan jamuan. Pelbagai acara menarik diatur antaranya penyampaian hadiah, cabutan bertuah serta ucapan daripada pengerusi KGST & pengetua.

dsc_1358-copy

Selain daripada itu pihak majlis juga meraikan persaraan Pn Shaikhah Abd Rahman yang akan bersara pada awal Januari 2017. Tahniah kepada jawatankuasa KGST 2016 yang berjaya menganjurkan majlis ini dengan gilang- gemilang dan pastinya akan menjadi kenangan abadi bagi semua warga KGST.

Nov 14

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

_dsc0556-copy

Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah telah berlangsung pada 21- 23 Oktober 2016. Perkhemahan yang berjaya menarik penyertaan semua pasukan unit beruniform telah memberikan pendedahan aktiviti luar kepada para peserta.

Program diuruskan dengan cemerlang oleh Kem Komanden yang berpengalaman oleh Ustaz Abd Rahman Ghazali dengan dibantu oleh semua guru dan staf sokongan sekolah.

Nov 14

PERSARAAN TN. HJ MEOR ISMAIL

dsc_1304_4928x3264

Majlis meraikan persaraan Tn Hj Meor  Ismail telah berlangsung pada 27 Oktober 2016. Majlis berlangsung dalam 2 sesi. Sesi 1 di dewan warisan sekolah manakala sesi ke-2 di MH Hotel Sg. Siput. Pelbagai acara menarik telah diatur antaranya perarakan, persembahan, ucapan, penyampaian hadiah dan jamuan.

Seluruh warga SMK Temenggong mengucapkan selamat bersara kepada Tn. Hj Meor Ismail. Jasamu Dikenang…

Aug 30

WACANA KEMERDEKAAN

DSC_0612 (Copy)

29 Ogos 2016: Wacana Kemerdekaan peringkat SMK Temenggong telah menampilkan 2 orang tokoh iaitu YB Dato’ Haji Zainun b Mat Noor, ADUN Chenderoh & Dr. Hj Abd. Hadi b Mohd Salleh, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Perak.

Disamping itu pelbagai acara menarik telah diatur bagi mewarnai program berkenaan. Antaranya pertandingan memasak yang melibatkan pelajar, guru, staf sokongan dan ibu bapa serta persembahan pelajar- pelajar.

Terdahulu kedua- dua ahli panel diarak dengan pasukan kompang dan berbasikal disamping poster- poster tokoh kemerdekaan bagi mengembalikan nostalgia hari yang penuh bersejarah itu.

Tahniah kepada semua pihak yang memberikan komitmen & sumbangan bagi menjayakan program berkenaan.

 

Aug 30

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

_DSC0195 (Copy)

19 Oktober 2016: Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat SMK Temenggong telah disempurnakan oleh Yang Setia Sarjan Major Khalil Bin Idris, Ketua Balai Polis Kati.

Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan pengetua. Majlis dimeriahkan lagi dengan tayangan gimik pelancaran dan diakhiri dengan nyanyain lagu- lagu patriotik.

Aug 24

PERSARAAN PN. HJ. PUTERI AHLAM

_DSC0115 (Copy)

Majlis persaraan Pn. Hjh Puteri Ahlam telah diadakan pada 12 Ogos 2016. Majlis dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi 1 bersama- sama pelajar dan sesi ke-2 bersama- sama pegawai PPD, guru & staf sokongan.

Pelbagai atur cara yang menarik telah disusun yang dimulakan dengan upacara menanam pokok, perarakan, tayangan montaj, ucapan guru yang diraikan, ucapan pengetua, persembahan pelajar, penyampaian cenderamata dan bersalam- salaman.

Pada sebelah petangnya Pn. Hjh Puteri Ahlam diraikan di Osem Cafe, Kuala Kangsar bersama- sama dengan wakil PPD, guru- guru & staf sokongan.

Selamat Bersara…. Jasamu Dikenang…

Aug 15

SMK TEMENGGONG BERSAMA- SAMA KOMUNITI

photo_2016-08-15_13-08-51 (Copy)

Program SMK Temenggong bersama- sama komuniti diteruskan pada 4 Ogos 2016 di Masjid Kariah Kg. Ngor Sauk. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib, ucapan pengerusi masjid, ucapan pengetua dan majlis bacaan Yasin diikuti dengan solat Isyak.

Majlis berlangsung denganpenuh suasana mahabbah dengan kehadiran guru- guru, pelajar- pelajar serta penduduk tempatan.

Aug 15

SAMBUTAN AIDILFITRI

_DSC0824 (Copy)

Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan pada 3 Ogos 2016. Majlis yang dianjurkan bersama- sama PIBG SMK Temenggong telah melibatkatkan semua warga SMK Temenggong bersama- sama ibu bapa & penjaga pelajar.

Pihak jawatankuasa PIBG turut serta bersama- sama dengan guru, staf dan pelajar untuk bergotong- royong menyediakan juadah makanan.

Majlis sambutan Aidilfitri dimeriahkan dengan pelbagai jenis juadah makanan serta suasana warna- warni pakaian hari raya oleh guru dan juga pelajar- pelajar. Semoga kerjasama yang erat ini akan diteruskan dalam program- program akan datang.

Older posts «