October 2014 archive

MAJLIS MERAIKAN MANTAN PENGETUA & PENGETUA BARU

  Majlis Meraikan mantan pengetua & meraikan pengetua baru telah berlangsung pada 31.10.2014. Majlis diserikan dengan ucapan wakil pelajar, pihak pentadbir , Tuan Haji Salim dan ucapan pengetua, En. Safuan b. Hj. Raba’ai. Setarusnya penyampaian cenderamata dan bersalaman dengan pelajar lelaki. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama- sama seluruh warga SMK Temenggong

MAJLIS MERAIKAN MANTAN PENGETUA & PENGETUA BARU

PT3 BERMULA

Pada hari ini (13 Oktober 2014), merupakan detik sejarah bermulanya Ujian Bertulis PT3 yang pertama kali diperkenalkan bagi menggantikan PMR. 3. Mudah- mudahan segala usaha guru- guru dan calon- calon PT3 sebelum ini dapat diterjemahkan dalam menjawab soalan- soalan peperiksaan dan keputusan PT3 kelak. Selamat Menduduki Peperiksaan. Doa dari seluruh warga SMK Temenggong sentiasa mengiringi …

Continue reading

PROGRAM JAYA WARIS

Menjelang peperiksaan PT3 dan SPM, pihak sekolah telah mengadakan majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Penyerahan Slip Peperiksaan bagi pelajar- pelajar tingkatan 3 dan 5 pada 9 Oktober 2014 di Dewan Warisan. Solat hajat dan bacaan Yasin telah dipimpin oleh Ustaz Raziman dan Ustaz Ammar. Tuan Haji Salim b Suhaimi, Pengetua SMK Temenggong turut berucap dalam …

Continue reading

SAMBUTAN AIDILADHA

Majlis sambutan Aidiladha peringkat SMK Temenggong telah diadakan pada 8 Oktober 2014 (13 Zulhijjah 1435). Mudah- mudahan majlis tersebut dapat mengeratkan lagi silaturahim bagi warga SMK Temenggong di samping mendidik pelajar dalam menghayati erti pengorbanan yang tersirat dalam bulan yang mulia ini.

PROGRAM KEPUNG TINGKATAN 5

Program Kepung bagi persediaan calon- calon SPM SMK Temenggong telah diadakan pada 29 September 2014 hingga 2 Oktober 2014 di Resort Tasek Raban. Inisiatif yang dilakukan oleh pihak sekolah dengan membawa pelajar ke persekitaran pembelajaran yang kondusif diharapkan dapat memberikan suntikan semangat kepada pelajar- pelajar dalam mengecapi kejayaan dalam SPM kelak. Tahniah & terima kasih kepada semua …

Continue reading