Smktmg

Author's details

Date registered: 18/09/2012

Latest posts

  1. PENTAULIAHAN PENGAWAS SEKOLAH — 17/01/2017
  2. LARIAN TEMENGGONG — 17/01/2017
  3. JAMUAN AKHIR TAHUN KGST — 14/11/2016
  4. PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM — 14/11/2016
  5. PERSARAAN TN. HJ MEOR ISMAIL — 14/11/2016

Author's posts listings

Jan 17

PENTAULIAHAN PENGAWAS SEKOLAH

Majlis Pelantikan Pentauliahan Pengawas Sekolah bagi sesi 2017 telah berlangsung pada 16 Januari 2017. Seramai 39 orang pengawas telah ditauliahkan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Syed Mahizan b. Syed Hashim, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar. Muhammad Hilmi Zharfan bin Yusri telah diisytiharkan sebagai Ketua Pengawas manakala Rosemylia Natasha bt. Rosli sebagai Penolong Ketua Pengawas. Tahniah …

Continue reading »

Jan 17

LARIAN TEMENGGONG

Larian Temenggong/ Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah diadakan pada 13 Januari 2017 bermula jam 7.45 pagi. Program yang melibatkan penyertaan semua pelajar termasuk pendidikan khas yang mewakili rumah sukan masing- masing iaitu rumah Bendahara, Laksamana, Panglima dan Syahbandar. Jarak larian sejauh 5 km memberikan peluang kepada pelajar- pelajar untuk menguji kecergasan fizikal serta berpeluang mewakili …

Continue reading »

Nov 14

JAMUAN AKHIR TAHUN KGST

Bertemakan “Merah Membara Hitam Memukau”, Majlis Jamuan Akhir Tahun KGST telah berlangsung pada 13 November 2016 di Hotel Herritage, Ipoh. Majlis dimulakan dengan sesi fotografi dan diikuti dengan perarakan masuk ke dewan jamuan. Pelbagai acara menarik diatur antaranya penyampaian hadiah, cabutan bertuah serta ucapan daripada pengerusi KGST & pengetua. Selain daripada itu pihak majlis juga …

Continue reading »

Nov 14

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah telah berlangsung pada 21- 23 Oktober 2016. Perkhemahan yang berjaya menarik penyertaan semua pasukan unit beruniform telah memberikan pendedahan aktiviti luar kepada para peserta. Program diuruskan dengan cemerlang oleh Kem Komanden yang berpengalaman oleh Ustaz Abd Rahman Ghazali dengan dibantu oleh semua guru dan staf sokongan sekolah.

Nov 14

PERSARAAN TN. HJ MEOR ISMAIL

Majlis meraikan persaraan Tn Hj Meor  Ismail telah berlangsung pada 27 Oktober 2016. Majlis berlangsung dalam 2 sesi. Sesi 1 di dewan warisan sekolah manakala sesi ke-2 di MH Hotel Sg. Siput. Pelbagai acara menarik telah diatur antaranya perarakan, persembahan, ucapan, penyampaian hadiah dan jamuan. Seluruh warga SMK Temenggong mengucapkan selamat bersara kepada Tn. Hj Meor …

Continue reading »

Aug 30

WACANA KEMERDEKAAN

29 Ogos 2016: Wacana Kemerdekaan peringkat SMK Temenggong telah menampilkan 2 orang tokoh iaitu YB Dato’ Haji Zainun b Mat Noor, ADUN Chenderoh & Dr. Hj Abd. Hadi b Mohd Salleh, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Perak. Disamping itu pelbagai acara menarik telah diatur bagi mewarnai program berkenaan. Antaranya pertandingan memasak yang …

Continue reading »

Aug 30

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

19 Oktober 2016: Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat SMK Temenggong telah disempurnakan oleh Yang Setia Sarjan Major Khalil Bin Idris, Ketua Balai Polis Kati. Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan pengetua. Majlis dimeriahkan lagi dengan tayangan gimik pelancaran dan diakhiri dengan nyanyain lagu- lagu patriotik.

Aug 24

PERSARAAN PN. HJ. PUTERI AHLAM

Majlis persaraan Pn. Hjh Puteri Ahlam telah diadakan pada 12 Ogos 2016. Majlis dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi 1 bersama- sama pelajar dan sesi ke-2 bersama- sama pegawai PPD, guru & staf sokongan. Pelbagai atur cara yang menarik telah disusun yang dimulakan dengan upacara menanam pokok, perarakan, tayangan montaj, ucapan guru yang diraikan, ucapan pengetua, …

Continue reading »

Older posts «