Monthly Archive: February 2014

Feb 26

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD KUALA KANGSAR

SMK Temenggong sekali lagi telah terpilih sebagai tuan rumah bagi kejohanan Merentas Desa peringkat daerah Kuala Kangsar. Kejohanan tersebut telah  berlangsung dengan jayanya pada 14 Februari 2014. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya guru- guru SMK Temenggong yang menyumbangkan tenaga utama sebagai urusetia dalam kejohanan tersebut.  

Feb 26

LAWATAN KERJA PENSYARAH IAB

Pada 12 Februari 2014, SMK Temenggong telah menerima lawatan kerja pensyarah- pensyarah dari Institut Aminuddin Baki (IAB). Seramai 11 orang pensyarah IAB telah hadir. Pensyarah- pensyarah berkenaan telah diberikan taklimat berkaitan hal ehwal sekolah serta melawat persekitaran sekolah.

Feb 26

LARIAN TEMENGGONG 2014

Larian Temenggong 2014 telah diadakan pada 5 Februari 2014 (Rabu) mulai jam 2.40 petang.    

Feb 19

SPS: SEMAKAN KEMASKINI MAKLUMAT

Maklumat Guru atau Staf Sokongan yang sudah DIKEMASKINI boleh disemak melalui: Laman Utama > Pentadbir Sekolah > Selenggara Maklumat Staf > Selenggara Rekod Staf Bahagian “Maklumat lengkap” akan bertanda √. Pastikan  web browse dalam setting “Allow all sites to show pop-ups” kemaskini maklumat peribadi. Hanya maklumat yang bertanda * yang wajib diisi. Harap Maklum.

Feb 08

MANUAL SPS

TEMPOH KEMASKINI DATA DILANJUTKAN KE 25/2/2014 (SELASA) Untuk tindakan semua guru dan staf sokongan SMK Temenggong Isi maklumat asas sahaja yang bertanda * SPS id     .AEA4083 KATA LALUAN: 6 digit pertama No. KP Langkah- Langkah: KEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI Alamat portal: https://sps.1bestarinet.net/SPS log in Nama Pengguna dan Kata Laluan Pentadbir Sekolah Pengurusan Staf > Selenggara Maklumat Staf …

Continue reading »

Feb 03

WATIKAH PELANTIKAN PENTAKSIR PBS 2014

Penyerahan watikah perlantikan sebagai Pentaksir Berasaskan Sekolah (PBS) telah disempurnakan secara rasmi oleh Tuan Haji Salim B. Suhaimi, pengetua SMK Temenggong pada 3 Januari 2014 semasa perhimpunan rasmi di dataran perhimpunan sekolah. Penyerahan watikah sebagai pentaksir PBS melibatkan guru- guru yang mengajar mata pelajaran terlibat dari tingkatan 1 hingga 3.