Monthly Archive: August 2016

Aug 30

WACANA KEMERDEKAAN

29 Ogos 2016: Wacana Kemerdekaan peringkat SMK Temenggong telah menampilkan 2 orang tokoh iaitu YB Dato’ Haji Zainun b Mat Noor, ADUN Chenderoh & Dr. Hj Abd. Hadi b Mohd Salleh, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Perak. Disamping itu pelbagai acara menarik telah diatur bagi mewarnai program berkenaan. Antaranya pertandingan memasak yang …

Continue reading »

Aug 30

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

19 Oktober 2016: Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat SMK Temenggong telah disempurnakan oleh Yang Setia Sarjan Major Khalil Bin Idris, Ketua Balai Polis Kati. Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan pengetua. Majlis dimeriahkan lagi dengan tayangan gimik pelancaran dan diakhiri dengan nyanyain lagu- lagu patriotik.

Aug 24

PERSARAAN PN. HJ. PUTERI AHLAM

Majlis persaraan Pn. Hjh Puteri Ahlam telah diadakan pada 12 Ogos 2016. Majlis dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi 1 bersama- sama pelajar dan sesi ke-2 bersama- sama pegawai PPD, guru & staf sokongan. Pelbagai atur cara yang menarik telah disusun yang dimulakan dengan upacara menanam pokok, perarakan, tayangan montaj, ucapan guru yang diraikan, ucapan pengetua, …

Continue reading »

Aug 15

SMK TEMENGGONG BERSAMA- SAMA KOMUNITI

Program SMK Temenggong bersama- sama komuniti diteruskan pada 4 Ogos 2016 di Masjid Kariah Kg. Ngor Sauk. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib, ucapan pengerusi masjid, ucapan pengetua dan majlis bacaan Yasin diikuti dengan solat Isyak. Majlis berlangsung denganpenuh suasana mahabbah dengan kehadiran guru- guru, pelajar- pelajar serta penduduk tempatan.

Aug 15

SAMBUTAN AIDILFITRI

Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan pada 3 Ogos 2016. Majlis yang dianjurkan bersama- sama PIBG SMK Temenggong telah melibatkatkan semua warga SMK Temenggong bersama- sama ibu bapa & penjaga pelajar. Pihak jawatankuasa PIBG turut serta bersama- sama dengan guru, staf dan pelajar untuk bergotong- royong menyediakan juadah makanan. Majlis sambutan Aidilfitri dimeriahkan dengan pelbagai …

Continue reading »

Aug 15

SELAMAT BERSARA: EN. JAAFAR & HJ. ROSLI

Majlis persaraan En. Mohd Jaafar bin Abu Samah & Tn. Hj Mohamad Rosli b. Hussin telah diadakan pada 1 Ogos 2016. Majlis diserikan dengan pelbagai acara menarik. Antaranya persembahan murid, guru, penyampaian hadiah, bersalaman dan perarakan pulang dengan kereta berhias. Majlis jamuan khusus bersama- sama guru, staf sokongan dan wakil PPD diadakan pada sebelah petangnya …

Continue reading »