Monthly Archive: November 2016

Nov 14

JAMUAN AKHIR TAHUN KGST

Bertemakan “Merah Membara Hitam Memukau”, Majlis Jamuan Akhir Tahun KGST telah berlangsung pada 13 November 2016 di Hotel Herritage, Ipoh. Majlis dimulakan dengan sesi fotografi dan diikuti dengan perarakan masuk ke dewan jamuan. Pelbagai acara menarik diatur antaranya penyampaian hadiah, cabutan bertuah serta ucapan daripada pengerusi KGST & pengetua. Selain daripada itu pihak majlis juga …

Continue reading »

Nov 14

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah telah berlangsung pada 21- 23 Oktober 2016. Perkhemahan yang berjaya menarik penyertaan semua pasukan unit beruniform telah memberikan pendedahan aktiviti luar kepada para peserta. Program diuruskan dengan cemerlang oleh Kem Komanden yang berpengalaman oleh Ustaz Abd Rahman Ghazali dengan dibantu oleh semua guru dan staf sokongan sekolah.

Nov 14

PERSARAAN TN. HJ MEOR ISMAIL

Majlis meraikan persaraan Tn Hj Meor ¬†Ismail telah berlangsung pada 27 Oktober 2016. Majlis berlangsung dalam 2 sesi. Sesi 1 di dewan warisan sekolah manakala sesi ke-2 di MH Hotel Sg. Siput.¬†Pelbagai acara menarik telah diatur antaranya perarakan, persembahan, ucapan, penyampaian hadiah dan jamuan. Seluruh warga SMK Temenggong mengucapkan selamat bersara kepada Tn. Hj Meor …

Continue reading »