«

»

Jan 17

LARIAN TEMENGGONG

DSC_2594_2464x1632

Larian Temenggong/ Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah diadakan pada 13 Januari 2017 bermula jam 7.45 pagi. Program yang melibatkan penyertaan semua pelajar termasuk pendidikan khas yang mewakili rumah sukan masing- masing iaitu rumah Bendahara, Laksamana, Panglima dan Syahbandar.

Jarak larian sejauh 5 km memberikan peluang kepada pelajar- pelajar untuk menguji kecergasan fizikal serta berpeluang mewakili sekolah ke kejohanan peringkat daerah.

Majlis Perasmian & Penutupan telah disempurnakan oleh En. Mior Othman b Mior Mat Ramle, Pengetua SMK Temenggong seterusnya menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan program ini.