«

Jan 17

PENTAULIAHAN PENGAWAS SEKOLAH

DSC_2826_2464x1632DSC_2827_2464x1632

Majlis Pelantikan Pentauliahan Pengawas Sekolah bagi sesi 2017 telah berlangsung pada 16 Januari 2017. Seramai 39 orang pengawas telah ditauliahkan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Syed Mahizan b. Syed Hashim, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.

Muhammad Hilmi Zharfan bin Yusri telah diisytiharkan sebagai Ketua Pengawas manakala Rosemylia Natasha bt. Rosli sebagai Penolong Ketua Pengawas.

Tahniah kepada semua pelajar yang telah terpilih, semoga menjadi pemimpin pelajar yang berwibawa.