SEJARAH

Sekolah ini terletak 18 km dari bandar Kuala Kangsar. Keluasan kawasannya adalah 14 ekar. Pada tahun 1965 sekolah ini dibuka dengan dikenali sebagai Sekolah Aneka Jurusan.Kemudiannya diberi nama Sekolah Menengah Rendah, Kati. Pembinaan sekolah ini adalah atas desakan pemimpin dan masyarakat setempat serta sokongan kuat daripada Toh Muda Haji Abdullah yang merupakan Wakil Rakyat pada masa itu.

Pengetua yang pertama ialah Encik Abdul Hadi bin Haji Abd. Latif. Beliau telah dibantu oleh seorang Penolong Kanan serta 2 orang guru sementara. Jumlah pelajarnya pada masa itu ialah seramai 60 orang.Pada tahun 1968 nama sekolah ini telah ditukar kepada “Temenggong” atas beberapa alasan:

  • Jawatan Temenggong adalah satu jawatan Orang Besar Empat Negeri Perak.
  • Pemegang Jawatan Temenggong secara automatik menjadi Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar.
  • Adat Temenggong diamalkan di Perak
  • Orang Kaya Temenggong banyak memberi sumbangan kepada sekolah ini.