Tag Archive: kokurikulum

Nov 14

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah telah berlangsung pada 21- 23 Oktober 2016. Perkhemahan yang berjaya menarik penyertaan semua pasukan unit beruniform telah memberikan pendedahan aktiviti luar kepada para peserta. Program diuruskan dengan cemerlang oleh Kem Komanden yang berpengalaman oleh Ustaz Abd Rahman Ghazali dengan dibantu oleh semua guru dan staf sokongan sekolah.

Aug 28

SAMBUTAN HARI KOKURIKULUM

Sambutan Hari Kokurikulum peringkat SMK Temenggong telah diadakan pada 13 Ogos 2014. Pelbagai program menarik telah diatur untuk memeriahkan program tersebut. Antaranya gerai jualan oleh persatuan dan kelab kokurikulum, pertandingan dan juga persembahan. Program tersebut telah memberi peluang kepada pelajar- pelajar untuk mengembangkan bakat dalam pelbagai bidang sesuai dengan matlamat yang terkandung dalam falsafah pendidikan …

Continue reading »

Apr 27

SEPAK TAKRAW BAWAH 18 TAHUN, KEKAL JUARA

Pasukan Sepak Takraw Bawah 18 Tahun SMK Temenggong telah muncul juara pertandingan sepak takraw antara regu kategori bawah 18 tahun peringkat daerah Kuala Kangsar yang telah berlangsung pada 23- 24 April 2014 di Dewan Belia Sungai Siput (U). Kejayaan ini sekaligus mengulangi kejayaan yang diraih pada`tahun yang lalu menewaskan pasukan yang sama iaitu pasukan SMK …

Continue reading »

Feb 25

TAHNIAH !!! JOHAN INDIVIDU & BERPASUKAN (PEREMPUAN 15 TAHUN), MERENTAS DESA MSSD K.KANGSAR

Dari kiri: Fatin Eryanti, Nurqilah, Nur Faizzatun, Saranya SMK Temenggong terus melakar kecemerlangan dalam bidang kokurikulum apabila dinobatkan sebagai Johan Individu dan Berpasukan kategori Perempuan 15 tahun dalam kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah- Sekolah Daerah (MSSD) Kuala Kangsar bagi tahun 2013.

Continue reading »

Feb 25

TAHNIAH ! JOHAN CATUR DAERAH KUALA KANGSAR

SMK Temenggong mengekalkan kejuaraannya dalam pertandingan catur peringkat daerah Kuala Kangsar apabila Fadhilah bt. Roslan (5 Sains) muncul sebagai johan kategori perempuan. Beliau akan mewakili pasukan catur daerah Kuala Kangsar ke pertandingan catur peringkat negeri. Seluruh warga SMK Temenggong mengucapkan tahniah kepada beliau di atas kejayaan yang dicapai. Semoga beliau akan terus mencapai mencapai kejayaan …

Continue reading »