SMK TEMENGGONG BERSAMA- SAMA KOMUNITI

photo_2016-08-15_13-08-51 (Copy)

Program SMK Temenggong bersama- sama komuniti diteruskan pada 4 Ogos 2016 di Masjid Kariah Kg. Ngor Sauk. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib, ucapan pengerusi masjid, ucapan pengetua dan majlis bacaan Yasin diikuti dengan solat Isyak.

Majlis berlangsung denganpenuh suasana mahabbah dengan kehadiran guru- guru, pelajar- pelajar serta penduduk tempatan.

SAMBUTAN AIDILFITRI

_DSC0824 (Copy)

Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan pada 3 Ogos 2016. Majlis yang dianjurkan bersama- sama PIBG SMK Temenggong telah melibatkatkan semua warga SMK Temenggong bersama- sama ibu bapa & penjaga pelajar.

Pihak jawatankuasa PIBG turut serta bersama- sama dengan guru, staf dan pelajar untuk bergotong- royong menyediakan juadah makanan.

Majlis sambutan Aidilfitri dimeriahkan dengan pelbagai jenis juadah makanan serta suasana warna- warni pakaian hari raya oleh guru dan juga pelajar- pelajar. Semoga kerjasama yang erat ini akan diteruskan dalam program- program akan datang.

SELAMAT BERSARA: EN. JAAFAR & HJ. ROSLI

DSC_0183 (Copy)

Majlis persaraan En. Mohd Jaafar bin Abu Samah & Tn. Hj Mohamad Rosli b. Hussin telah diadakan pada 1 Ogos 2016. Majlis diserikan dengan pelbagai acara menarik. Antaranya persembahan murid, guru, penyampaian hadiah, bersalaman dan perarakan pulang dengan kereta berhias.

Majlis jamuan khusus bersama- sama guru, staf sokongan dan wakil PPD diadakan pada sebelah petangnya di MH Hotel, Sg. Siput.

Selamat Bersara… Jasamu Dikenang

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2016

photo_2016-07-28_09-51-26 (Copy)

THE LAUNCHING OF HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME

photo_2016-07-20_10-38-28 (Copy)

SENI SATU KERJAYA

photo_2016-07-14_11-22-58 (Copy)

IHYA RAMADHAN 1437/ 2016

_DSC0929_3872x2592

Majlis Penutup Program Ihyak Ramadhan peringkat SMK Temenggong telah berlangsung pada 1 Julai 2016. Antara pengisian program berkenaan ialah Majlis Khatam Al Quran, penyampaian sumbangan kepada Asnaf dan majlis bermaaf- maafan antara pelajar, guru dan staf sokongan.

Semoga program ini meninggalkan kesan terhadap pembinaan sahsiah khususnya kepada pelajar- pelajar SMK Temenggong.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1437/ 2016

photo_2016-07-11_09-43-17 (Copy)