HARI PERTAMA: SEMANGAT WARGA TEMENGGONG

2 Januari 2013 merupakan hari pertama bagi sesi persekolahan 2013. SMK Temenggong memulakannya dengan perhimpunan rasmi yang dihadiri oleh semua guru dan pelajar SMK Temenggong.

Continue reading

LADAP DI HOTEL TAHA, PULAU PINANG

Dengan keazaman dan komitmen untuk memastikan tahun 2013 memberikan sinar yang lebih cemerlang bagi SMK Temenggong dalam semua aspek, guru- guru serta staf sokongan telah membuktikan kesungguhannya untuk hadir ke Hotel Lembaga Urusan dan Tabung Haji (TAHA), Pulau Pinang untuk bermesyuarat, mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan serta Hari Keluarga pada 28- 29 Disember 2013.

Pada jam 4 petang, guru- guru serta staf sokongan sudah mula mendaftar masuk ke hotel sama ada datang bersendirian atau pun bersama keluarga.

Continue reading

MESYUARAT PERTAMA GURU SESI 2013

Mesyuarat guru kali pertama bagi sesi persekolahan 2013 telah berlangsung pada 28 Disember 2012 bermula jam 8 pagi di Bilik Seri Temenggong.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Salim b. Suhaimi (Pengetua SMK Temenggong). Dalam mensyuarat berkenaan beliau mengingatkan semula akan tanggung jawab sebagai pendidik serta dasar- dasar kementerian pelajaran yang perlu dilaksanakan oleh guru.

Beliau juga menekankan konsep “Mardhotillah” (mendapat redho Allah) dalam menjalankan tugas sebagai pendidik.

Selain daripada itu, beliau menyentuh semua aspek yang melibatkan pengurusan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum serta mengumumkan perlantikan rasmi jawatan- jawatan yang melibat bidang berkenaan.

Mesyuarat ditangguhna pada jam 12 tengahari dan disambung pada 29 Disember 2012 di Hotel TAHA, Lembaga Urusan Tabung Haji, Pulau Pinang.

JAMUAN AKHIR TAHUN KGST 2012

“KITA BUKAN PENYEBAB SESUATU YANG TIDAK BAIK BERLAKU”

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013- 2025) merupakan antara intisari penting ucapan Tuan Haji Adnan b. Rejab (Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar) di hadapan guru- guru SMK Temenggong petang tadi (9 Oktober 2012).

Beliau juga melahirkan keyakinan terhadap kekuatan yang ada di SMK Temenggong untuk mencapai tahap yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

“Kita bukanlah penyebab sesuatu yang tidak baik berlaku” …merupakan rangsangan motivasi yang diberikan kepada warga pendidik dalam memikul amanah yang semakin mencabar dewasa ini.

Pihak sekolah amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar di atas kesudian meluangkan masa bersama warga pendidik di SMK Temenggong.

“BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL”

Bertempat di bilik Seri Temenggong (Selasa, 9 Oktober 2012 jam 2.40 petang), Tuan Haji Salim b. Suhaimi telah mempengerusikan mesyuarat bersama guru- guru di SMK Temenggong buat kali pertamanya setelah ditugaskan sebagai Pengetua di SMK Temenggong.

Turut hadir ialah Tuan Haji Adnan b. Rejab (Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar)

Continue reading

MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR 2012

Pengetua & Guru Besar,

Serta Warga Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.

 MAJLIS  SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU  PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa majlis di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh            : 21 September 2012 (Jumaat)

 Masa             : 2.45 petang              

Tempat          : Dewan Semarak, SMK Tun Perak, Padang Rengas

Perasmian    : Y.B. Dato’ Seri Mohamed Nazri B. Tan Sri Abdul Aziz

                        Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Pakaian         :  Baju Kebangsaan / Pakaian Kerja

Adalah dimaklumkan bahawa pakaian pada hari tersebut ialah Baju Kebangsaan atau Pakaian Kerja.

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN