MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN, 2016

photo_2016-04-21_08-46-05

MAJLIS PERPISAHAN PUAN NOR QALILAH

_DSC0275 (Copy)

8 April 2016: Pihak Kelab Guru & Staf SMK Temenggong telah mengadakan Majlis Perpisahan Pn. Nor Qalilah yang bertukar ke SMK (RLKT) Lasah, Sg. Siput.

Majls dimulakan dengan bacaan surah Yasin, ucapan pengetua, ucapan guru yang diraikan dan penyampaian hadiah. Warga SMK Temenggong mengucapkan “Selamat Bertugas di SMK (RLKT) Lasah, Semoga Maju Jaya dalam kerjaya Pendidikan”.

_DSC0276 (Copy)

_DSC0279 (Copy)

MAJLIS PERPISAHAN: EN. FIRDAUS & CIK HUSNA

FIRDAUS (Copy)

HUSNA (Copy)

1 April 2016: Pihak KGST SMK Temenggong telah mengadakan Majlis Perpisahan meraikan pertukaran tempat bertugas bagi En. Firdaus (Pembantu Makmal Sains) dan Cik Husna (Pembantu Pendidikan Khas). En. Firdaus akan bertugas di Manjung, manakala Cik Husna berpindah ke pengkalan Hulu.

Majlis diserikan dengan ucapan kedua- dua staf yang diraikan yang dipengerusikan oleh En. Zafir (Pengerusi KGST SMK Temenggong). Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata serta jamuan.

Selamat bertugas dan selamat maju jaya daripada kami… Warga SMK Temenggong.

TAHNIAH ! : JOHAN BAHAS ALA PARLIMEN (BAHASA MELAYU) DAERAH KUALA KANGSAR

photo_2016-04-05_12-06-31 (Copy)

30 Mac 2016: Pasukan Bahas Ala Parlimen (Bahasa Melayu) SMK Temenggong telah mencatatkan sejarah apabila muncul sebagai JOHAN peringkat daerah Kuala Kangsar yang berlangsung pada 29- 30 Mac 2016 di SMK Tajul Ariffin, Manong.

Tahniah kepada pelajar- pelajar serta Guru Pembimbing iaitu En. Azizul dan Pn. Norhayati.

LAWATAN KELAB 1 MALAYSIA SEGAMAT, JOHOR

_DSC0092 (Copy)

30 Mac 2016: Kelab 1 Malaysia daerah Segamat Johor telah mengadakan lawatan ke SMK Temenggong. Rombongan berkenaan telah sampai ke perkarangan SMK Temenggong pada jam 10.00 pagi dengan disambut oleh pihak pentadbiran sekolah serta wakil PPD Kuala Kangsar.

Majlis diserikan dengan persembahan dari kedua- dua belah pihak. Majlis diakhir dengan lawawatan ke Galeri Warisan SMk Temenggong dan bergambar- beramai- ramai.

PROGRAM AKU JANJI & MESYUARAT AGUNG PIBG

PIBG

Majlis Penetapan Sasaran (Aku Janji) & Mesyuarat Agung PIBG ke- 41 telah berlangsung pada 5 Mac 2016. Majlis dimulakan dengan ikrar pelajar tingkatan 3 & 5 dan diikuti dengan Mesyuarat Agung PIBG. Majlis dirasmikan oleh En. Rosmadi b. Ismail (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, Unit Pembangunan Kemanusiaan).

Sambutan yang sangat menggalakkan dari kalangan ibu bapa dan penjaga memberikan petanda positif untuk SMK Temenggong melakar kecemerlangan.

Mesyuarat Agung PIBG pada sesi ini juga telah mengekalkan En. Abd. Razak sebagai YDP PIBG SMK Temenggong dan mengekalkan sebilangan AJK PIBG pada sesi yang lalu.

SMK TEMENGGONG BERSAMA- SAMA KOMUNITI

MSJD KATI

Masjid Kariah Kg. Kati menjadi destinasi permulaan bagi program SMK Temenggong bersama- sama dengan komuniti yang telah berlangsung pada 3 Mac 2016. dalam program berkenaan pihak sekolah berpeluang untuk mengeratkan silaturahim dengan pemimpin dan masyarakat setempat dalam usaha meningkatkan kecemerlangan SMK Temenggong.

Program dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah, ucapan pengetua, bacaan Yaasin dan solat Isyak berjamaah. Program ini akan diteruskan ke masjid- masjid yang lain mengikut  setiap bulan.

TAHNIAH CALON-CALON SPM 2015

SPM

Tahniah dan Selamat maju Jaya dari kami Warga SMK Temenggong